aiii teman salju,,ok ari nie salju nak bgi tau ckit pasal kugiran,,,kan antri yg lpas salju der sentuh ckit psal kugirankan so salju nak g tau laa pda sapa yg x tau,,,hihihhi,,,slamat membaca tau ^_^
MAKSUD
Kugiran adalah istilah yang merujuk kepada pancaragam moden yang memainkan lagu-lagu rancak. Ia merupakan singkatan bagi "Kumpulan Gitar Rancak". Istilah kugirama, singkatan bagi "Kumpulan Gitar Rancak berirama" juga kadang-kala digunakan
SEJARAH
Istilah ini mula digunakan sekitar tahun 60-an iaitu ketika era pop yeh-yeh. Perkataan ini dikeudarakan buat pertamanya di Radio Singapura di dalam rancangan mingguan Carta Teratas "Lagu Pujaan Minggu Ini" yang dihoskan oleh DJ Melayu pertama, Mohd Ismail Abdullah. Difahami bahawa, singkatan "Ku-Gi-Ran" ini diilhamkan oleh Daud Abdul Rahman. Ia juga juga yang dikatakan bahawa P. Ramlee merupakan orang yang pertama menggunakan istilah ini untuk membezakannya dengan pancaragam-pancaragam Melayu terdahulu.
Pada awal kemunculan pop yeh-yeh, kugiran mempunyai lima anggota pancaragam dan seorang penyanyi, selain pengendali 5 alat muzik iaitu gitar utama, gitar irama, gitar bes, organ (papan nada) dan dram. Kebanyakan lagu yang dipersembahkan adalah berirama rancak, walaupun yang bertemakan lagu sedih. Sebagai contoh lagu "Ayahku kawin lagi" dendangan Orkes Teruna Ria dan lagu "Tak Mengapa" dendangan Orkes Nirwana. Rentak ini berbeza dengan lagu cinta Melayu yang mendayu-dayu irama 80-an dan 90-an.
Perkembangan kugiran ini digalakkan lagi dengan kehadiran banyak syarikat rakaman di Singapura sekitar 60-an, yang menghasilkan banyak piring hitam untuk tujuan komersil. Secara tidak langsung ia menghidupkan lagi industri muzik Melayu di Malaysia dan Singapura.
KUGIRAN MASA SEKARANG
Istilah kugiran adalah sebuah istilah yang telah lama wujud, dan suatu ketika dahulu hampir dilupakan. Istilah ini hampir dilupakan suatu ketika dahulu kerana idea masyarakat yang memikirkan bahawa kugiran berkaitan dengan pop yeh-yeh yang mana mereka anggap sebagai ketinggalan zaman. Namun begitu, pada masa sekarang, istilah ini kembali hidup. Walaupun jarang, istilah ini digunakan di dalam sesetengah majalah muzik begitu juga dengan penulisan di internet sebagai terjemahan bagi perkataan bahasa Inggeris band iaitu merujuk kepada kumpulan muzik yang bermain alat muzik tanpa mengira genre muzik yang mereka bawa.
dah abis dah,,,ok skang nie korang dah tau kan maksud n serba sedikit sejarah tentang kugiran(tah2 salju sorang jer x tau),,,so x der laa jakun @ batak mcm salju bla org tua2 sebut(gurau jgan terasa),,,hihihihihih
No comments:
Post a Comment